K’jaan sedia kaji cadangan bina balai bomba di Kimanis ?

4th June, 2009

LAJIM UKIM / KLIASBEAUFORT: Kerajaan sedia mengkaji cada-ngan untuk membina sebuah lagi balai bomba di kawasan Parlimen Kimanis, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Haji Ukin.

Katanya, Kementerian beliau telah menerima permohonan dari Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, yang meminta sebuah balai bomba dapat dibina di kawasan itu memandangkan ianya merupakan keperluan utama bagi penduduk di kawasan berkenaan terutamanya dalam menangani kes-kes kebakaran.

“Kementerian saya (Dia punya kah??hehe) akan mengkaji permohonan ini dan akan menyenaraikannya untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepu-luh (RMK-10),” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan sumbangan untuk majlis makan Malam anjuran Wanita MCA bahagian Beaufort dekat sini, pagi kelmarin.

Menurut Lajim, yang juga Ahli Parlimen Be-aufort, memang terdapat keperluan untuk men-dirikan sebuah balai Bomba di kawasan Parli-men Kimanis yang merangkumi dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Membakut dan Bongawan dengan kepadatan penduduknya juga kepesatan pembangunan di kawasan itu yang memerlukan sebuah balai bomba perlu diletak-kan di kawasan itu.

“Sebelum ini jika berlaku kes-kes kecemasan, seperti kebakaran, banjir, kemalangan jalan raya dan sebagainya penduduk di kawasan ini terpaksa meminta perkhidmatan bomba dari daerah Beaufort atau Papar yang jaraknya agak jauh dari kawasan ini,” katanya.

Lajim menambah dengan adanya sebuah Ba-lai Bomba di kawasan berkenaan usaha-usaha membantu kes-kes kebakaran serta kecemasan lebih mudah cepat disalurkan

Lajim juga berkata, kementerian beliau juga akan menjadikan misi setiap daerah di negeri ini dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan bomba.

Pengarang : Kalau baru peringkat cadangan, kenapa mau heboh-heboh secepat mungkin dan jadi modal politik? Saya pun boleh heboh perkara yang saya suka bah!. Lihat saja jambatan Bum-Bum yang di uar-uarkan oleh YB-YB pantai timur, sekarang di tunda.

Kita perlu tanya, Jalan raya berkembar KK-Sipitang dalam Projek Koridor Sabah yang di umumkan Ketua Menteri Sabah , bila nak mula? Tapi kerajaan sudah belanja hampir setengah dari peruntukan tersebut….lol (Lajim tidak tahu kah sudah ada cadangan mau buat balai bomba di Membakut??? Mau by-pass YB Membakut kah?)