Tulisan Jawi menidakkan hak masyarakat Kadazandusun Membakut?

Tulisan Jawi pembaziran moden?

Road sign Jawi Membakut Sabah Protest

Isu berkenaan dengan banyak papan tanda jalan telah ditukar kepada papan tanda jalan baru yang mengandungi perkataan Jawi bagi pihak ramai pembayar cukai di daerah kecil Membakut
1. Apakah rasional Majlis Daerah/JKR/YB menukar banyak papan tanda jalan yang masih baik kepada papan tanda jalan yang mengandungi tulisan Jawi? Membakut merupakan Daerah kecil yang mempunyai pelbagai kaum, ramai penduduk di Membakut langsung tidak faham tulisan Jawi, kenapakah Majlis Daerah/YB/JKR memasukkan tulisan yang kebanyakan orang tidak faham dalam papan tanda jalan di Membakut?
2. Sehubungan dengan itu, kami perhatikan juga bukan sahaja papan tanda jalan digantikan, tetapi tiang besi dan konkrit papan yang baru juga digantikan. Bukankah ini melibatkan lebih perbelanjaan dan apakah ini perlu dilakukan oleh Majlis Daerah/YB/JKR ?
3. Papan tanda baru memaparkan tulisan Jawi mengurangkan ruang bagi tulisan Rumi, ini menyebabkan orang ramai sukar untuk membaca papan tanda jalan berkenaan.
Persoalan kami:
1)Kenapakah Majlis Daerah/YB/JKR tidak berunding dengan wakil penduduk sebelum menegakkan papan tanda jalan?
2) Ramai penduduk dan pembayar cukai di Pekan Membakut merasa kecewa terhadap Majlis Daerah/YB/JKR kerana tidak mengisi lubang jalan (potholes), membaiki parit, membina pejalan kaki, memotong rumput dan mengadakan kemudahan lain walaupun banyak aduan telah dibentangkan kepada Majlis Daerah tetapi Majlis Daerah sanggup menggunakan berjuta-juta ringgit untuk menukar kesemua papan tanda jalan di seluruh Membakut. Bukankah ini menunjukkan Majlis Daerah/YB/JKR salah meletakkan keutamaan (priority)?
3) Kami tidak faham kemasukan tulisan Jawi dalam papan tanda jalan, padahal tulisan rasmi Bahasa Malaysia pada amalannya adalah tulisan Rumi. Bagaimana pula dengan bahasa Kadazandusun & Cina?

Roadsign Jawi Membakut Sabah duit pembayar cukai

Cadangan Kami:
Memandangkan Membakut merupakan daerah kecil yang mempunyai pelbagai kaum yang memahami 3 bahasa utama, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Tionghua dan bahasa Kadazandusun, maka kami mencadangkan supaya Majlis Daerah/YB/JKR menegakkan papan tanda jalan MUHIBBAH, iaitu papan tanda jalan yang mengandungi tulisan ketiga bahasa tersebut.
Kami berpendapat papan tanda MUHIBBAH ini bukan sahaja boleh difahami oleh orang ramai, ia juga boleh membayangkan kepelbagaian kaum dan bahasa di Membakut kepada pelancong asing kita.

Kami sebagai pembayar cukai di Membakut ingin menyeru Majlis Daerah/YB/JKR untuk menggunakan wang cukai rakyat dengan cermat dan jimat. Kami juga menyeru Majlis Daerah/YB/JKR untuk menggunakan berjuta-juta ringgit yang sepatutnya dibelanjakan pada papan tanda jalan tersebut kepada projek kerja awam yang benar-benar membawa manfaat kepada semua penduduk di seluruh negeri Sabah.
Yang benar,
Pembayar cukai Membakut yang dianiaya.


AK : Presepsi umum, YB Membakut pentingkan “glamour Islam” berbanding konsep jimat-cermat? Beginikah cara untuk mengambil hati masyarakat berbilang kaum di Membakut?

Untuk rekod, Masyarakat bukan bumiputera (tionghua) adalah pembayar cukai tertinggi di Malaysia selain Koperat-koperat besar bukan bumiputera.

 

Advertisements

19 Responses

  1. atas PAGAR ada point tersendiri…sya sokong dgn pendapatnya…kita seharusnya tekan-kan benda yang kurang,bukan sebaliknya..kita kan hidub berbilang kaum.. 😉

  2. memang isu temeh la sy rasa membakutwho dan commenter² lain pun sudah byk bagi point² yg bernas. Cuma sy mo tambah sini, dlm point no. 3 penulis artikel menegaskan
    “. Papan tanda baru memaparkan tulisan Jawi mengurangkan ruang bagi tulisan Rumi, ini menyebabkan orang ramai sukar untuk membaca papan tanda jalan berkenaan.” TAPI..!!!! Dalam cadangan penulis dia dan sy petik..
    “Memandangkan Membakut merupakan daerah kecil yang mempunyai pelbagai kaum yang memahami 3 bahasa utama, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Tionghua dan bahasa Kadazandusun, maka kami mencadangkan supaya Majlis Daerah/YB/JKR menegakkan papan tanda jalan MUHIBBAH, iaitu papan tanda jalan yang mengandungi tulisan ketiga bahasa tersebut.”
    Kesimpulan peribadi sy….buduh!!!

    • budak baru belajar beri cadangan bah ni kali yang tulis entry ni. siapa owner ni blog ni? macam ada machai saja 2-3 orang kasi moderate komen2 tulis entry (bodoh), dan copy paste berita.

  3. masalah disini entry ini ditulis dengan tajuk besarnya “tulisan jawi menidakkan hak kadazandusun di membakut”.

    kalau kau mahu marah dengan kontraktar yang membazir duit tu kau tidak sepatutnya menyalahkan tulisan jawi. kau boleh tulis “kontraktar papan tanda jalan telah menyebabkan pembaziran duit rakyat” (contoh). but you did not. kau tetap salahkan tulisan jawi.

    apa salah tulisan jawi?. semua orang boleh belajar tulisan jawi. tidak kira lah apa bangsa, sama macam semua orang boleh belajar tulisan rumi.

    kalau mahu salahkan kontraktor, salahkan kontraktar. bukan salahkan tulisan jawi. like i said in my previous comment, i demand you, anti kronisma to prove tulisan jawi menidakkan hak kadazandusun membakut.

    3. Papan tanda baru memaparkan tulisan Jawi mengurangkan ruang bagi tulisan Rumi, ini menyebabkan orang ramai sukar untuk membaca papan tanda jalan berkenaan.

    ini lagi satu ayat emm… bodoh.. kau boleh tengok sendiri guna logik akal fikiran. Font tulisan rumi itu font standard, kecuali rabun lah atau buta tidak nampak tulisan rumi, (kalau tidak pandai membaca pun masalah juga). sedangkan tulisan jawi tu cuma dalam font yang lebih kecil. aku kalau limpas tu papan tanda, aku notice tulisan rumi dulu, nda sempat pun baca tulisan jawi.

    besar mana lagi font tulisan tanda jalan yang kau mahu? kalau sudah orang buta dari dalam hati macam kau ni, tulis lah besar mana pun tulisan rumi, tetap kau tidak mahu tengok.

    eyes see what mind want to see. minda mu pun juga sudah buta

  4. Renungan:
    Plat aluminium (Extruded) 1kaki persegi (square foot) 6 mm berharga RM 64 ringgit (tanpa tulisan,ukiran). Kalau ada 20 di satu daerah/d.kecil, bayangkanlah 41 daerah? belum masuk buruh,kerja tiang konkrit & simen.

    Sekiranya tidak dibendung , yang untung kontraktor & pembuat dasar. Dalam apa-apa ordinen di Sabah tidak ada sebut \’Jawi\’.

    Dasar yang baik wajib taati, dasar tak baik kami engkari.

    Pembaziran mengurangkan KDNK negara

  5. this is very racist article with absurd title. how can tulisan jawi oppressing KDM’s right? can you prove it? i demand you to prove it. hak apa yang sudah terhapus?

    do you know what tulisan jawi is? it is old malay scripture, it is bahasa melayu, but in different form of writing. it is not foreign language.

    huruf rumi pada papan tanda di tulis dalam font yang lebih besar dan jelas. tiada masalah dengan papan tanda ini. entry ini berniat jahat.

  6. kenapa kau nda suka YB membakut? projek nda kena approve?

    membakut tiada masalah perkauman. blog ini sengaja menyuntik perasaan benci sesama orang-orang membakut.

  7. Rasanya Anonymous44 kurang faham dengan apa yang saya maksudkan. Dan rasanya anda juga tidak memahami apa yg anda tulis sendiri..

    Soal papantanda ni saya consider bukan masalah sebab yang penting kita faham itu jalan masuk kampung mana. Macam tulisan buku-buku sekolah kita.. anak brunai ka, anak kadazan ka, anak bajau ka, anak dusun ka, semua baca buku yg sama tulisannya.

    Aman..nada pun bising-bising..

  8. Jelas sekali tujuan Ameera menyelitkan unsur ketuanan melayu. Jangan tah begini, makin ditakutkan bakin belarian pengundi mu tu. Urang kan menilai sejauh mana kesabaran penyukung2x YB kita ni. Ini yg pembangkan maukan.

    Kalu tulisan Pimping dibubuhnya tulisan kedazan nahas jua tu, Aku sediri betatakan.

  9. Pasal papan tanda pun riuh 1 kampung.. atau penulis sorang saja yg riuh ni.. Dalam papan tanda yg pertama tu suda jelas, di Malaysia, Bahasa Rasmi adalah Bahasa Malaysia, Agama Rasmi adalah Islam..

    Tp dengan kesepakatan rakyat berbilang kaum yg boleh saya katakan sangat unik di DUNIA, Malaysia ada sekolah Cina, India (yg mn negara lain hanya ada 1 jenis sekolah saja), Malaysia ada pelbagai stesen radio dengan pelbagai bahasa ibunda (yg mn negara lain mungkin hanya ada 1-2 bahasa sj), & byk lg di Malaysia kita bole kecapi dengan aman makmur bersama2..

    Jd, renung-renungkan & selamat beramal..

  10. APA KHABAR MEMBAKUT..
    SAYA RASA ISU TULISAN JAWI NI LGSUNG TIDAK MENJADI SEBARANG MASALAH UNTUK ORANG MEMBAKUT. MUNGKIN YG BERMASALAH PENULIS SAJA KOT. BUKAN LGSUNG TIADA TULISAN RUMI DI PAPAN TANDA TU.. ISU YG DIBANGKITKAN NI AKU RASA DAH LAPUK DAH.. SEKARANG TAK KIRA BANGSA AGAMA ADA YANG BELAJAR BAHASA LAIN TAK DA MASALAH PUN..HEHE..SELAMAT MEMBAKUT..

  11. Ini papan tanda ada kaitan dengan untung 10%. Betul atau tidak? Makin besar papan tanda, yang approbe tu dapat lagi besar. Tiada kaitan kedazan murut membakut punya.

    Mo pikir cara kritis, negara penuh orang yg mo $$$ saja. Guna 1 tulisan ABC saja, saya pun setuju jugak

    macam macam ada

  12. tumpang lalu..
    siapa kata tulisan jawi menidakkan hak kadazandusun membakut..bukan tulisan jawi saja..ada juga tulisan rumi besar lagi…
    kita bukan di zaman kuno lagi

    kita sudah berada di zaman moden yang serba canggih, jangan lah kita mempersoal yang kita rasa tidak mendatangkan faedah.. lebih baik kita memperjuangkan mcm mana mau memajukan bangsa kita.. selamat maju jaya orang2 membakut..

    • lupakan soal tulisan jawi yg penting berbalik kepada perkara utama iaiutu soal kemiskinan tegar yang masih menjadi masalah utama dikwsan mkt!

      • betul tu azzurei. baik cari isu atau topik yang lebih berfaedah dari isu papan tanda tulisan jawi, yang sudah nyata hanya menimbulkan perasaan tidak senang sesama kita

  13. salam kedamaian kepada penulis dan pembaca..
    buang yang keruh ambil yang jernih.. klu kita nak pertikai itu ini..mungkin sampai hujung nyawa kita ni tak kan habis.. renungkanlah diri, muhasabah diri kita , sedangkan dalam diri kita , keluarga kita pun mcm2 masalah yang nada dapat diselesaikan..
    cth: dalam keluarga dapatkah kita memenuhi semua kehendak anak2 kita ?, betul ka? lain la kita seorang yg kaya raya..oleh itu,,yg penting kita jaga perpaduan kita di membakut..membakut boleh..

  14. sebetulnya tiada satu bangsa yang ditinggalkan. soal sama ada menggunakan bahasa jawi dan bahasa kadazandusun diketepikan sebenarnya bukan isu yang besar cuma yang membangkitkan isu itu sebenarnya adalah orang-orang yang kecewa.
    kita sepatutnya menjaga keharmonian kaum dan saya rasa penulis sepatutnya bersyukur kerana hidup dalam aman dan bukannya menabur fitnah sesuka hati dan berusaha untuk membangkitkan rasa marah antara kaum.

  15. emmm… ndak jugak ada masalah tu tuan, mungkin nanti jalan yang menuju ke kg KDM macam di Lembah poring, Tiong Baru, Sinoko, dan lain lain lagi, selepas Bahasa Melayu kita buat juga bahasa kadazan…amacam? )… sekarang ni kita kekal kanlah apa yang ada dulu.. kalau kita mo ganti dgan papan tanda muhibah… nanti besar lg belanjanya…

  16. Tuan pengarang harus faham, di Membakut yang relevennya cuma 1 agama & satu bangsa sahaja. Hak bangsa lain perlu ‘diketepikan’ sementara untuk perpaduan nasional.

    Nanti yang lebih tu dapatlah…tapi kena sabar menunggu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: